Sunday 26 October 2014

~ CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE ~

Tingkatkan Tenaga Anda



Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Mesti ramai yang tidak tahu kan yang Shaklee pun ada Produk berasaskan Teh ni...
Dan untuk pengetahuan anda juga CINCH ENERGY TEA MIX ini termasuk dalam Set Kurus Shaklee...
Kenapa ye dia dimasukkan dalam Set Kurus Shaklee:
Sebab ia boleh membekalkan tenaga kepada yang tengah dalam proses diet yang sihat untuk kurus...


Kebaikan CINCH ENERGY TEA MIX 

* sebagai penggalak TENAGA semulajadi
* Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
* Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
* TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.


Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX 

1) TAURINA
2)MATCHA GREEN TEA - Teh Hijau gred tertinggi dari Jepun
3)RED TEA EXTRACT
4)WHITE TEA - Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
5)ROOIBOS RED TEA- tumbuhan herba dari Afrika (dikenali sebagai 
THE MIRACLES TEA/LONG LIFE TEA)



Fungsi-fungsi beberapa ekstrak yang ada dalam teh ini

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x

2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat

5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak



CINCH ENERGY TEA MIX ini bukan sahaja mempunyai pelbagai khasiat seperti di atas, 
malah ia :

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni...Memang amat bagus untuk buang berat badan berlebihan. 

Bagi yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal amat-amat digalakkan ambil      CINCH ENERGY CINCH TEA MIX ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita.

CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk.



Hubungi Farah segera....konsultasi percuma dan farah akan guide anda untuk cara pengambilan yang betul dan cadangkan vitamin2 ikut kesesuaian anda dan bajet anda....  

~ Farah Hassan
~ whatsapp/sms 0174399053
~ SID 1124151 
~ COD Relau, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Paya Terubong, Ayer Hitam, Jelutong, GH Penang, Bukit Jambul dan post kadar rata seluruh Malaysia

Saturday 25 October 2014

~ Set Combo ESP ~




Sempena bulan promosi buy 6 free 1 Energizing Soy Protein October 2014  saya nak kongsikan apakah kombo-kombo asas yang ada untuk digandingkan bersama ESP. Seperti diketahui,ESP mempunyai pelbagai khasiat dan boleh diambil oleh semua kecuali kanak-kanak tidak digalakkan. Untuk pengetahuan anda semua ESP merupakan HOT item Shaklee...kebaikan dan khasiatnya tidak dapat disangkal lagi....


Jom kenali set-set kombo berasaskan ESP






  1. ESP + Vit E = Kulit Berjerawat / menghilangkan parut ( tidak sesuai bagi mereka yang kulit jenis berminyak )
  2. ESP + omega guard = Untuk kecerdasan otak + kurangkan kolestrol + set kurus
  3. ESP + Vita-Lea = Nutrisi Asas / energy booster
  4. ESP + lechitin = Untuk kurus + kurangkan bengkak susu
  5. ESP + Alfalfa= milk booster / kacip fatimah moden / masalah keputihan / masalah sembelit.
  6. ESP + GLA complex = Kombo Kulit Gebu / kesuburan / mencantikkan kulit / mengatasi masalah jeragat
  7. ESP + ostematrix = gastrik / migrain / hilangkan lenguh2 badan
  8. ESP + ZINC complex = Atasi masalah rambut gugur / untuk ibu berpantang mempercepat kesembuhan luka dalaman dan luaran
  9. ESP +Performance Drink = Puasa / Cergas / untuk mereka yang aktif
  10. ESP + Herblax = Pengurusan Berat Badan
  11. ESP + Peppermint Ginger Plus = Gastrik
  12. ESP + vitamin C = untuk sistem imun / mencantikkan kulit
  13. ESP + B complexlengkap dengan acid folic / mengurangkan stress / migrain




Hubungi saya untuk DAPATKAN SET-SET HEBAT INI SEKARANG


Hubungi Farah segera....konsultasi percuma dan farah akan guide anda untuk cara pengambilan yang betul dan cadangkan vitamin2 ikut kesesuaian anda dan bajet anda....  



~ Farah Hassan
~ whatsapp/sms 0174399053
~ SID 1124151 


~ COD Relau, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Paya Terubong, Ayer Hitam, Jelutong, GH Penang, Bukit Jambul dan post kadar rata seluruh Malaysia

~"Giveaway Pertama SitiSab"~



saya tag 4 insan bertuah ni :-






~ ECZEMA - punca , cara atasi, dan pencegahan ~





BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM



Kali ni saya nak post pasal baby yang ada eczema.
 Eczema ni merupakan masalah kulit yang terjadi dikalangan bayi  biasanya antara
umur 2-6 bulan. selalunya bila bayi makin besar, akan pulih sendiri tp ada kes yang 
berlarutan hingga dewasa.Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."
"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."


Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang 
komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-gejala Eczema
Acute Eczema




~ "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.

~ "Papules", pembentukan tompok-tompok merah


Eczema Kronik


~ Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.

~ Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.


Punca Eczema




Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat 
beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:



Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)

Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi

 rhinitis.

Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, 
pengawet dan pewarna makanan.

Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)

Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan 
lembap atau di sebaliknya.
Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan
 peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).

Kitar Eczema
Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan 
"allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan
 kehilangan kelembapan kulit yang banyak.



Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan

 akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak
 dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:



Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.



Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.

Mengubati keradangan.



Langkah-langkah Pengawalan Harian

Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.

Penjagaan Kulit Sensitif dan Eczema

Amalkan:Elakkan:
Pakaian
  • Pakaian yang longgar.
  • Fabrik yang selesa seperti kapas.
  • Pakaian yang ketat.
  • Fabrik bulu biri-biri.
Diet Pemakanan
  • Keseimbangan diet untuk mengekalkan daya tahan yang kuat.
  • Makanan laut, kacang, susu dan telur yang paernah menimbulkan kesan-kesan alergi sebelum ini.
Persekitaran
  • Kebersihan dan pengudaraan yang baik di persekitaran rumah dan tempat kerja.
  • Tahap kelembapan di persekitaran yang sederhana.
  • Gunakan cadar dan selimut yang bersih dan sentiasa ditukar dengan yang baru.
  • Memakai sarung tangan jika perlu berkerja dalam keadaan yang basah.
  • Permaidani, barang permainan yang berbulu.
  • Persekitaran yang terlalu lembap atau terlalu kering.
Perangai Peribadi
  • Bersikap positif dan kekal riang.
  • Kuku jari yang pendek untuk mengelakkan kelecetan kulit akibat menggaru.
  • Mandi dengan air suam.
  • Mematuhi arahan doktor bagi penjagaan kulit.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari yang kerap.
  • Penglibatan dengan aktiviti di luar dan di dalam tempat berhawa dingin yang kerap.
  • Merendam dalam air panas atau air yang mengandungi klorin yang banyak.




Tingkatkan kebersihan diri dan persekitaran




1) MEALSHAKES - minuman yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  selain itu ade 6 sebab kenapa anak anda perlu pada meal shakes :



  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.



2) BASIC H PENCUCI SERBAGUNA -   pencuci biodegradable dan tidak bertoksik .bkn sahaja sangat efficient dalam menanggalkan sebarang bentuk kotoran, malah mampu menjadi first aid kepada semua termasuk mengurangkan suhu jika demam, merawat eczema dan gatal2 badan, menghilangkan kutu di rambut, dan seribu satu macam kegunaan lagi..untuk anak eczema, boleh mandikan anak dgn beberapa titis Basic H setiap kali mandi .Sangat membantu mengurangkan keradangan kulit akibat eczema.

3) HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM - melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi sari tumbuhan yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Ia tidak berminyak, sangat cepat meresap dalam kulit dan bertindak secara efective tanpa meninggalkan kesan tidak selesa terutama pada bayi dan kanak2..sgt berkesan dalam merawat ruam dan eczema.


SET ini insyaAllah mampu memberikan anak anda keselesaan dalam melakukan aktiviti harian. Bukan itu sahaja malah ia memudahkan anda dalam memberikan ank anda yang terbaik, memastikan persekitaran yang bersih, serta melembapkan kulit akibat eczema tersebut.

Perhatian! 
Sekiranya anak mengalami eczema ATOPIK, dilarang sama sekali untuk menggunakan Basic H dan Herbal cream atas sebab yang tertentu. Jadi pastikan jenis eczema anak-anak anda.

Semoga anak bertuah kita di pelihara dan di beri kesihatan yang optimum! InsyaAllah aminnnnn.....



Hubungi Farah segera....konsultasi percuma dan farah akan guide anda untuk cara pengambilan yang betul dan cadangkan vitamin2 ikut kesesuaian anda dan bajet anda....  



~ Farah Hassan
~ whatsapp/sms 0174399053
~ SID 1124151 

~ COD Relau, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Paya Terubong, Ayer Hitam, Jelutong, GH Penang, Bukit Jambul dan post kadar rata seluruh Malaysia

~ Alahan dan Cara Mengatasinya ~




Alahan / Alergi

JIKA habuk, gandum atau produk tenusu menyebabkan anda kerap bersin, terasa gatal, dan asyik tergaru-garu, anda tidak keseorangan.


Ramai yang menganggap bahawa masalah gatal-gatal atau hidung berair yang dialami sekali-sekala lumrah hidup dan tidak perlu dibimbangkan.

Lagipun keadaan kurang selesa atau sedikit gangguan ini tidak menghalang mereka daripada menjalankan tugas harian, baik mengemas rumah mahupun menjaga anak, atau giat bekerja dari pukul 9 pagi hingga ke malam.

Namun bagi ramai orang di seluruh dunia yang mengalami alahan kronik dan berulang, serangan boleh berlaku begitu kerap dan serius sehingga mengganggu kehidupan mereka.

Masalah umum yang disebabkan oleh alahan termasuk keletihan kerana gejalanya boleh mengganggu kelenaan tidur dan menyebabkan seseorang cepat marah, hilang tumpuan dan menjejaskan prestasinya di sekolah atau di tempat kerja.

Kemunculan tanda-tanda ekzema atau rasa gatal-gatal juga memberikan kesan negatif terhadap keyakinan seseorang.

Dalam kes yang jarang berlaku, tindak balas alahan begitu serius sehingga menyebabkan masalah kesihatan yang dinamakan anafilaksis.

Dalam keadaan seperti ini, saluran pernafasan bengkak dan menyebabkan kesukaran bernafas.

Pada masa yang sama, kulit kelihatan merah padam dan terasa panas apabila disentuh dan tekanan darah turun secara mendadak.

Dalam tempoh beberapa minit, badan boleh mengalami kejutan anafilaktik, yang boleh membawa maut jika ubat tidak diberikan dengan serta-merta.


Mungkinkah anda menghidap alah?

Terdapat beberapa jenis alahan, yang berbeza dari segi keterukan dan tanda-tandanya, contohnya asma ialah sejenis penyakit alah yang menjejaskan saluran pernafasan, manakala demam alergi (rinitis alergik) mempunyai gejala-gejala seperti hidung berair dan mata gatal.
Ekzema dan gatal-gatal (ifiopatik urtikaria) menjelma sebagai tompokan kulit yang kering dan gatal dan tompokan radang pada kulit.

Memandangkan penyebab atau pencetusnya berbeza-beza dan termasuk pengawet makanan, ubat jenis tertentu, kutu habuk dan minyak wangi buatan, seseorang yang mengalami alahan teruk sentiasa diserang oleh pencetus yang boleh mengakibatkan gejala seperti gatal-gatal, mata berair dan bersin.

Justeru, adalah sukar untuk mengelakkan bahan-bahan ini dan ramai orang didapati menderita kerana serangan alahan.

Mengapa sesetengah orang kerap diserang alahan sedangkan orang lain tidak begitu mudah mengalaminya?

Jawapan masih belum jelas, tetapi didapati bahawa penghidap alahan mempunyai sistem imun yang menghasilkan terlalu banyak bahan kimia yang diberi nama immunoglobin E (IgE) yang menyebabkan badan terlalu sensitif kepada bahan yang lazim wujud dalam alam sekitar.

Setiap alergen, atau bahan yang mencetus tindak balas alahan, menyebabkan reaksi berturutan yang membawa kepada pengeluaran histamin, sejenis sebatian yang menyebabkan badan mengalami gejala seperti gatal-gatal dan mata berair.

Langkah pencegahan

Walaupun ramai orang mengaitkan alahan dengan musim pendebungaan di kawasan beriklim sejuk, hakikatnya ialah orang dari seluruh dunia boleh mengalami alahan.

Di Malaysia, salah satu daripada penyebab umum ialah kutu habuk, yang hidup di tempat-tempat yang gelap dan lembap.

Kutu habuk, yang merupakan organisma seni, hidup dengan sel kulit mati yang dibuang oleh badan setiap hari.

Dengan itu, tikar, permaidani, sofa upholsteri, kusyen, bantal dan katil menjadi tempat-tempat pembiakan kutu habuk.

Walaupun hidup di negara beriklim tropika dan dilimpahi sinaran matahari sepanjang tahun, kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa di dalam rumah yang biasanya dihiasi permaidani dan upholsteri, dalam persekitaran yang tidak mempunyai aliran udara yang baik,.

Mujurlah kutu habuk masih boleh dibuang dengan pendedahan kepada cahaya matahari dan cucian yang kerap.

Pencetus alahan lain termasuk ramuan makanan tertentu, seperti kacang, gandum, buah-buahan sitrus dan binatang bercengkerang seperti ketam dan udang antara punca paling umum.

Sesetengah orang juga alah kepada bahan pengawet, dan ubat tertentu seperti antibiotik dan aditif perasa seperti MSG (monosodium glutamat).


Lima cara mudah untuk menguruskan alahan

1) Elakkan pencetus alahan yang diketahui.

Jika anda sering alah selepas makan makanan laut, atau mengalami hidung berair atau mata berair apabila bermain dengan kucing, cuba jauhkan diri dariada punca-punca alahan tersebut.

2) Bersihkan habuk di rumah, di dalam kereta dan di pejabat.

Cuci, vakum atau tukar cadar, alas sofa, kain hamparan dan mainan lembut sekerap mungkin.

3) Tingkatkan kualiti udara persekitaran dengan membersihkan penapis udara dalam sistem penyaman udara secara kerap.

Kalau boleh, galakkan pengudaraan dengan membuka tingkap kereta, rumah dan pejabat.

4) Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai banyak pengawet dan pewarna.

5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran dan air.

6) Kunjungi doktor atau pakar alahan untuk mendapatkan ubat bagi melegakan gejala.



# info set resdung / alahan klik sini
# info eczema dan set eczema klik sini