Saturday 6 June 2015

APAKAH MAKANAN YANG DISYORKAN SELEPAS KELAHIRAN?




Meskipun anda suka memanjakan bayi anda dengan belaian dan ciuman sayang jangan lupa untuk makan denga teratur pada setiap masa. Diet yang seimbang memberi anda dua kebaikan dengan serentak, pertama menguatkan badan dan ke-2 mengurangkan berat badan anda.
Resepi untuk membentuk tubuh
Diet yang sihat dan seimbang memerlukan beberapa peraturan yang seharusnya dipatuhi pada setiap masa.

Diet seimbang terdiri daripada pelbagai jenis makanan. Prinsip makan kerap tapi teratur amat penting.

  1. Hati-hati dengan pengambilan garam - gunakan dalam kuantiti yang sedikit.
  2. Minum minimum satu liter setengah air sehari- boleh juga ambil jus perahan buah-buahan segar.
  3. Berhati-hati dengan lemak- elakkan makanan yang berlemak tinggi seperti mentega, krim, mayonis, minyak dan sebagainya.
  4. Kurangkan pengambilan gula- pengambilan gula yang tidak terkawal bolh menyebabkan pertambahan berat badan. 

Vitamin dan mineral untuk ibu muda - ibu perlu tahu kepentingan dan fungsi vitamin yang diambil.

Mengapakah vitamin dan mineral itu penting?
Penting sebagai pertahanan tubuh dan menyumbang kepada pertumbuhan dan penyelenggaraan fungsi tubuh.
  • Vitamin menjadi lebih penting kerana tubuh tidak dapat menghasilkan vitamin dan hanaya boleh diperoleh dari sumber makanan tertentu.
  • Mineral (pelindung sebenar tubuh kita) - wujud pada bahagian tertentu tubuh kita iaitu otot, tulang dan darah. Mineral juga boleh diperoleh dari sumber makanan.
Berapa banyak vitamin yang diperlukan?
Keperluan vitamin berubah dari semasa ke semasa bergantung pada individu.

Apa yang perlu anda elak?
  • Elakkan diet yang ekstrim dan tidak menentu.
  • Elakkan merokok- musnahkan vitamin C
  • Elakkan alkohol - memusnahkan banyak vitamin.
  • Pengambilan sesetengah ubatan seperti pencegah kehamilan.
Kepentingan nutrisi selepas bersalin
  1. Proses kesembuhan luka dan pemulihan tubuh
  2. Melibatkan penyususn susu badan
  3. Mengelakkan kemurungan selepas bersalin
  4. Mengekalkan berat badan sihat


Farah 0174399053
SID 1124151
COD Relau, Sungai Ara, Gelugor, Jelutong, USM Penang, Sungai Dua, Bukit Jambul, Sungai Nibong, Sungai Pinang, Bayan Lepas, Paya Terubong, Ayer Hitam, dan kawasan sekitarnya.
Pos seluruh Malaysia.


Friday 5 June 2015

SHAKLEE TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN

Shaklee Corporation aktif menyokong pembangunan, penggunaan dan kelulusan ujian alternatif selain yang dilakukan ke atas haiwan di seluruh dunia. Sebagai polisi kami, Shaklee Corporation menentang dan tidak menjalankan apa-apa ujian haiwan terhadap mana-mana produk Shaklee. Walau bagaimanapun, dalam mana-mana pasaran asing, agensi-agensi kawal selia mungkin bebas menjalankan ujian mereka sendiri ke atas produk kami tanpa kawalan daripada pihak kami.
Pada tahun 2003, Ibu Pejabat Dunia Shaklee telah dibom oleh seorang individu yang menyangka bahawa kami melakukan ujian ke atas haiwan. Ujian ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan kami atau produk kami. Malah, ia telah dijalankan secara berasingan oleh badan farmaseutikal yang memiliki syarikat kami pada masa itu. Kami telah beroperasi secara bebas sejak tahun 2004. Malangnya, tindakan keganasan yang tersilap sasar ini serta liputan media yang berterusan terhadap suspek pengebom tersebut telah menyebabkan kekeliruan yang mengaitkan syarikat kami dengan ujian ke atas haiwan. Ini adalah sebuah kesilapan yang nyata. Kami sentiasa mempercayai dan menyokong layanan beretika terhadap semua jenis haiwan.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Shaklee berhasrat untuk mendekati dan mempertingkatkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik di samping menyebarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai pentingnya keharmonian persekitaran dan kehidupan yang sihat

KEUNIKAN PRODUK SHAKLEE

Falsafah Produk Shaklee

Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

~ TAK KENAL MAKA TAK CINTA ~

TENTANG SHAKLEE


Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa SelamatSentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi produk kami.
Sehingga hari ini, kami telah membayar komisen bernilai lebih $6.7 bilion kepada para Pengedar kami, dan kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan Shaklee anda sendiri.
Semua tanda dagangan adalah hak milik empunya masing-masing.