Monday 21 July 2014

HERB-LAX BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN

Assalamualaikum. Hari ini saya akan kongsikan tentang Herb-Lax Shaklee. Produk unggul untuk kuruskan badan, atasi masalah sembelit dan membersihkan usus.

APA ITU HERB-LAX?

Herba semulajadi yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Mengandungi 9 jenis herba yang secara tradisionalnya mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Ia juga mampu menyah-toksin dari badan.

HERB-LAX
120 tablet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM52

APA KANDUNGAN DAN MANFAAT HERB-LAX??




APA KEBAIKAN HERB-LAX?
  • merawat masalah sembelit dan melawaskan perut
  • meransang usus untuk lebih cepat memproses perkumuhan dan pembersihan najis secara lembut daripada terus tersimpan lama di dalam perut yang boleh menyebabkan toksin.
  • mengempiskan perut
  • mengurangkan ketegangan perut

BAGAIMANA CARA AMBIL HERBA-LAX?

Ramai yang bertanyakan bagaimana cara mengambil Herb-Lax ini. Ia sesuai untuk anak-kanak 12 tahun ke atas dan dewasa.
  • Untuk kesihatan berpanjangan - makan 2 kali seminggu (4 biji setiap kali sebelum tidur)
  • Untuk membersihkan usus/ masalah sembelit, detox dan mengawal berat badan - makan setiap malam. 2-4 biji sebelum tidur

PERHATIAN!!
  • Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 
  • Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.
  • Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan makanan tambahan semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya.

Untuk konsultasi PERCUMA dan harga lagi MURAH, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! 


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Farah Haton Abu Hassan
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1124151
♥ Contact Number : 0174399053
♥ SMS/WhatsApp : 0174399053
 Emel :ummuhumaira88@gmail.com
♥ FB : Farah Hassan
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 1124151 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. 

VITAMIN C DAN VITAMIN E SHAKLEE BAGUS UNTUK KULIT

Assalamualaikum


Ramai sudah mengambil vitamin c dan vitamin e untuk kecantikkan kulit. Kalau kita lihat iklan-iklan di TV pasti produk-produk kecantikkan untuk kulit diberitahu mengandungi vitamin e dan c.

Apa itu vitamin c??




Apa itu vitamin E?




Gabungan kedua-dua vitamin ini amat memberi kesan kepada kulit seseorang. Sudah ramai yang berpuas hati setelah mengambil vitamin-vitamin ini untuk mendapatkan kulit yang sihat, glowing, gebu dan lembap. Yang penting tidak perlu produk-produk kecantikan lain yang belum tentu selamat dipakai.



testimoni pengguna:-





Dapatkan COMBO SET vitamin C+E pada harga yang cukup berbaloi..tidak terdapat pada pengedar yang lain :)

Farah
Sms/whatsapp 0174399053
COD Relau, Bayan Baru, USM, Bukit Jambul, dan kawasan sekitarnya
Pos kadar rata
Email: ummuhumaira88@gmail.com
FB : Farah Hassan

Tuesday 15 July 2014

Set Resdung Shaklee




Salam Nuzul Al-Quran buat pembaca semua

Petang ni saya nak kongsikan bersama anda semua tentang RESDUNG @ SINUSITIS

Lazimnya ,kebanyakkan orang mempunyai penyakit resdung dimana ditahap kronik ataupun tidak.


Tanda-tanda Seseorang itu Mengalami Resdung adalah :
  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

 Punca Penyakit Resdung adalah :


  • Resdung adalah alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila kita mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak secara semulajadi. Seterusnya, ianya akan menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Jika udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal adalah akibat daripada tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Selain itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Petua Mencegah Resdung : 

  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  • Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
  • Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Selain mencegah resdung dari merebak dengan lebih kronik lagi,Set Resdung Shaklee dapat membantu mengurangkan
keradangan resdung yang anda hadapi. Selain itu Set Resdung Shaklee juga dapat membantu mengurangkan bersin anda
pada setiap pagi. Set Resdung Shaklee mempunyai 3 supllemnet iaitu Alfafa Complex, B complex dan Sustained Release Vitamin C 500mg..JOm kita lihat setiap kebaikan supplement ini dalam Set Resdung Shaklee..



Alfalfa Complex
Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan
daripada
alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis). Namun begitu, mereka menghidap penyakit
SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu
penghasilan antibodi badan. Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex
akan menjadi
penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka. Membantu
dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
 Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. 
Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna. 
Jangan berlengah untuk mencuba
Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah.
Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak

anda mempunyai masalah? SHAKLEE dapat membantu anda. apa tunggu lagi? jom!!
SHAKLEE ID -1124151
CALL/SMS/WHATSAPP - 0174399053
 EMAIL - farah_hassan88@yahoo.com @ummuhumaira88@gmail.com
FB: Farah Hassan

Friday 11 July 2014

~~ Set Cadangan Diabetes Shaklee ~~

Assalamualaikum....

Kencing manis @ medical term nya diabetes....selalu dah kita dok dengar pasal penyakit ni kan??
Tahu tak sahabat-sahabat semua penyakit kencing manis d'kalangan rakyat Malaysia telah mencapai tahap membimbangkan.
Malaysia merupakan negara yang penduduknya mempunyai pratusan yang tinggi dalam mendominasi penyakit ini.... SANGAT MEMBIMBANGKAN!!!
Pemakanan dan gaya hidup yang sihat amatlah dituntut dalam usaha memerangi penyakit ini... takutnya masuk umur 30-an dah terkena penyakit ini. 
Shaklee ada mengesyorkan set untuk mengawal penyakit ini.so? bolehlah try kan? :))
Harga? tak payah risau sbb hanya dijual dengan harga MURAH sahaja.
Help me to help u!!

Apa itu Diabetes

DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar....

Jenis-jenis diabetes utama:


1.      Diabetes bersandar insulin  - jenis pertama (Type 1 diabetes)


* Diabetes jenis pertama (Type 1 diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja.

* Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos.

* Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.

* Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga.

* Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I.

* Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.

* Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak.
* Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat.
* Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur.
* Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.
* Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula. 



2.      Diabetes bebas insulin - jenis kedua. (Type II diabetes)



* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua).

* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi.

* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia. 



3.     Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)



* Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.

* Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan  wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.

* Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal. 



4.     Diabetes bentuk lain



* Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif -gaya hidup sedentari
* Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Set Shaklee yang di syorkan :

Budget set diabetes



Full set diabetes




GLA COMPLEX - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.



B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.



ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


dan if ada budget lebih boleh add on VITALEA, VITA C, ALFAFA, ESP dan CAROTOMAX

VITA-LEA - Mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap


VITA C 500mg - mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita



ESP - membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko penghidap diabetes



ALFAFA - menstabilkan gula dalam darah



CAROTOMAX - menghalang penglihatan kabur


tetapi. if anda mempunyai budget yang banyak dan malas/tidak suka makan kapsul banyak-banyak.boleh cuba VIVIX sebab sangat baik untuk pesakit kencing manis.tahan sehingga 45 hari. sangat JIMAT & BERBALOI


Vivix juga mampu merawat penyakit serius lain seperti darah tinggi, strok, kanser, asma dan lain-lain selain untuk awet muda.



Buy Now!! 



*************************************
 

kenapa special membeli dengan saya?Let's see:

Jika anda memilih untuk tidak menggunakan pos, Anda boleh terus walk in/pergi secara terus ke mana-mana branch SHAKLEE d'seluruh Malaysia. berikan SID saya iaitu SID - 1124151 (Farah Hatonuntuk setiap pembelian barangan SHAKLEE anda. Anda akan mendapat barangan dengan harga yang berpatutan. senang kan? dah jimat RM10 untuk pos dan dapat keistimewaan mendapat barangan dengan harga tersebut. yesss!! (untuk first time mahu mencuba sangat-sangat berbaloi sebab anda dapat jimat!)

selepas itu bolehlah HUBUNGI saya d'FB/blog/sms/whatsapp untuk mendapatkan free timetable, guidelines dan consultation :))



anda mempunyai masalah? SHAKLEE dapat membantu anda. apa tunggu lagi? jom!!
SHAKLEE ID -1124151
CALL/SMS/WHATSAPP - 0174399053
 EMAIL - farah_hassan88@yahoo.com @ummuhumaira88@gmail.com
FB: Farah Hassan

Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirrahim..

Dalam keriangan kita pada hari ini saudara kita di Palestin bermandi darah angkara Israil laknatullah...
Menitis air mata melihat kekejaman yang terpaksa saudara ita hadapi di sana...
Ya Allah..
Engkau berikan lah kemenangan yang nyata kepada ummat islam di Gaza...
Bebaskanlah saudara2 kami  di sana dari kekejaman zionis..
Berikan keamanan dan kebebasan dari cengkaman Israil laknatullah...
Hanya kepadaMu kami memohon harap serendah-rendahnya diri kami..
amin amin Ya Rabbal A'lamin



Mari saudara-saudaraku semua kita amalkan qunut nazillah ini dalam usaha membantu mendoakan keselamatan saudara seislam kita di Gaza
selain bantuan dalam segi kewangan dan harta benda mari sama-sama kita kirimkan doa kemenangan islam di sana....insyaAllah...
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

Thursday 10 July 2014

~`~,~ <@ sEt kECanTikan sHAKLee @>~`~,~

Assalamualaikum pembaca sihat & cantik untuk semua.

Semoga ceria selalu dan wajah cantik berseri.


Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mommy mommy yang sentiasa ingin cantik, vourge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...



Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Apa kata mereka yang telah mengamalkan set kecantikan kulit Shaklee ini?




Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, kita juga boleh mengambil ESP atau GLA Complex. Boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda. InsyaAllah saya akan membantu anda.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
FARAH HATON ABU HASSAN
♥ sms/whatsApp: 0174399053

♥ Emel : farah_hassan88@yahoo.com atau ummuhumaira88@gmail.com
♥ Fb: farah hassan

Makanan Sunnah

 


Nabi SAW pernah bersabda:”Barang siapa yang mengikuti sunnahku,bererti dia cinta padaku,dan barang siapa yang cinta padaku,maka akan masuk syurga bersamaku."


12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD (SAW) dan kelebihanya


1.Barli (جو jau)


Baik demam, manakala menggunakan dalam bentuk sup.



2.Kurma (کھجور)



Rasulullah (SAW) berkata bahawa sebuah rumah tanpa Kurma tidak mempunyai makanan. 



Ia juga perlu dimakan pada masa bersalin.


3.Ara (انجير)

Ia adalah buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir.

4.Anggur (انگور)



Rasulullah (SAW) amat suka anggur - membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.


5.Madu (شہد)


Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 
2. Mencuci perut 
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. 



6.Tembikai (تربوز - خربوزا - سردا)


Rasulullah (SAW) berkata: 'Tiada wanita yang mengandung dan makan tembikai air akan gagal untuk menghasilkan musim bunga yang baik di wajah dan baik dalam watak.


7.susu


Rasulullah (SAW) berkata bahawa susu dari kamu dari haba dari jantung seperti jari dari kamu peluh dari dahi. Ia menguatkan belakang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu dari kealpaan.

8.Cendawan (کھمبي)


Rasulullah (SAW) berkata, cendawan itu adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan.



9.Minyak Zaitun (زيتون)


Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, melengah-lengahkan usia tua, dan merawat radang perut.

10.Delima (انار)


Rasulullah (SAW) berkata ia membersihkan anda Iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari.


11.Cuka (سرکہ)

 makanan Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun. 




Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.



12.Air (پاني)

Rasulullah (SAW) berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air



Minuman Manis dan Sejuk 

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut 
"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 


Ringkasan adab minum 

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat 



Kadang-kandang  Nabi SAW makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS"






Aishah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai,  maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".