Saturday 22 November 2014

~ IBU, SAYA TAK NAK SAYUR!!! ~


Kajian jurnal pediatrik 2014 mendedahkan apa sahaja makanan yang diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia mereka satu tahun akan menjadi sebahagian daripada gaya pemakanan mereka secara berterusan ke masa hadapan.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan makanan yang seimbang kepada anak-anak.
Ramai ibu bapa yang buntu dan tidak tahu bagaimana untuk memastikan anak-anak mengambil sayur-sayuran semasa waktu makan.
Penyediaan hidangan secara kreatif dapat membantu dalam menarik perhatian anak-anak untuk mengambil makanan. Pemilihan makanan yang berwarna-warni dapat menarik minat kanak-kanak untuk menikmati makanan mereka. Makanan yang cantik menarik unik dapat memotivasikan kanak-kanak untuk makan makanan tersebut.







Tip meningkatkan nutrisi anak-anak
========================
- Tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
- Jangan jadikan waktu makan seperti 'zon perang'.
- Jadi lebih kreatif.
- Libatkan idea anak-anak ( memilih makanan di pasaraya, memilih menu dalam masakan )
- Elakkan gangguan seperti televisyen, iPad, atau alat permainan semasa waktu makan ).
- Simpan dan panaskan semula makanan semasa anak-anak lapar, elak menawarkan makanan lain.
- Jangan abaikan sesetengah makanan tetapi wujudkan sempadan.
- Jangan jadikan makanan sebagai tanda penghargaan.
- Sentiasa beri galakan.






# Makanan tambahan untuk anak anda klik sini untuk membaca dengan lebih lanjut




No comments:

Post a Comment