ASSALAMUALAIKUM WBT
Kayla Humaira Binti Mohammad Syawal..lahirnya pada 04-04-2014 hari Jumaat bersamaan 4 Jamadil Akhir 1435H betul-betul lepas azan maghrib Adik keluar..hihih...lahir dengan berat 2.7kg dan sangat xberpadanan dengan perut saya yang besar semasa mengandung...hahahaha.
Ingat 3kg++ rupanya xsampai pon 3kg...tapi alhamdulillah cukup sifat dan comel sangat...hihhi.
Jika anak-anak orang lain lepas lahir jaundis/ kuning terus naik dalam minggu pertama awal kelahiran tu lain pulak dengan Adik,...hari ke-9 baru jaundis dia naik mencanak...hari-hari sebelum tu cuma 100-200++ sahaja...ibu mana tak risau tapi disabarkan hati...hari ke-9 mak saya bawa Adik ke klinik macam biasa untuk cek jaundis n keputusannya terpaksa diadmitkan ke hospital sebab dah lebih 270++....so lepas tu xsampai 2 jam kitaorang dah samapai HSAH n daftar masuk wad Melur 1...sekali lagi Doktor ambil sample darah Adik untuk repeat balik bacaan....than keputusannya 409....Istighfar panjang saya masa tu sebab sekiranya bacaan terus naik melebihi 450++ bermakna terpaksa dilakukan pertukaran darah/ blood exchange....Adik terpaksa dipuasakan sebab sebagai tindakan awal sekiranya pertukaran darah terpaksa dilakukan......susu badan dah penuh bengkak-bengkak dibuatnya sepanjang adik berpuasa...pump n minta nurse simpankan dalam peti sejuk wad....
Hanya pada Allah saya berserah masa tu...
Luluh hati seorang ibu bila anak sekecil itu terpaksa diletakkan dibawah lampu atas dan bawah untuk turunkan bacaan bilirubin yang terlampau tinggi tu....sabar menunggu result darah yang seterusnya dengan harapan bilirubin adik dah menurun,..Alhamdulillah pukul 12++ malam doktor datang dan bagitau yang bacaan jaundis Adik dah tinggal 270+++....Syukur Alhamdulillah Ya Allah....
Adik dah xpayah NBM lg...
Esok paginya speacialist datang round dan dia sendiri pelik kenapa bilirubin adik boleh naik dengan sangan cepat dan turun dengan sangat cepat...hihihi.Kuasa Allah tiada siapa yang mampu nak halang kan....Buat pengetahuan semua jika ada yang ingat kuning adik naik tinggi sebab kurang menyusu n saya ambil herba-herba adalah sangat tidak bersetuju...sebabnya Adik sangat kuat menyusu badan dan susu saya sangat banyak sehingga bengkak melarat ke bawah ketiak....( sakit kottttt bengkak susu.....hihihih) dan buat pengetahuan semua juga saya xde makan apa-apa herba dan mak saya sangat pentingkan pemakanan semasa dalam pantang.....
Jadi jika anda tanya saya macam mana boleh naik tinggi macam tu jaundis adik jawapannya ialah sbb hati Adik xdapat nak control lagi masa tu sbb tu tinggi....huhuhuh.
ok tamat flash back zaman dalam pantang...hihihi.cita pasal sekarang pulak...
Rindu sungguh kat satu-satunya puteri saya ni...mesti ada yang pelik aik kenapa pulak rindu kat anak???? hihihi...anak saya dok dengan emak kat kampung....
Bukan niat hati nak susahkan orang tua...apatah lagi melepaskan tanggungjawab...tapi setelah berbincang dengan suami, mak dan ayah baru saya ambil keputusan ni...saya suami dan parents saya xnak ambil risiko, banyak sangat dengar kes bayi meninggal semasa dengan pengasuh, bayi kena dera, macam-macam lagi...nauzubillah minta Allah jauhkan...
Ya Allah takut betul nak ambil risiko walaupun xsemua pengasuh macam tu...
Mak dan ayah pon sangat tak bersetuju bila saya cakap nak ambil anak n hantar pengasuh...
Kata mereka biarkan anak besar sikit dah boleh cakap n bagi tahu kalau apa-apa...
So, mahu x mahu terpaksa travel time cuti balik tengok anak kat kampung la....( macam jauh je,,....1 jam perjalanan je kot...hihihhi)
Tapi rindu oooooo......selalunya kalau saya nak naik shift malam saya akan ambil Adik datang Penang...so dapat la spend time ngan Adik lebih kurang 6 7 hari....haaaaa lepas tu nak hantaq balik kampung meleleh air mata la....hahahahaha.
Sekejap je rasa dah 7 bulan lebih Adik dok ngan tok n wan dia....alhamdulillah Adik membesar dengan sihat dan baik....
Semoga anak ibu KAYLA HUMAIRA menjadi anak yang solehah, sentiasa cintakan Allah,Rasulullah,dan Ialam...sentiasa rindukan syurga Allah, pandai dalam agama , boleh menghafal Al-Quran menjadi seorang Hafizah, menjadi seorang anak yang pintar bijak dan sihat...memiliki sifat-sifat mahmudah dan mulia...dan sentiasa berusaha menjadi seorang anak yang baik dunia dan akhirat...aminnnnn
No comments:
Post a Comment