Wednesday 29 June 2016





Assalamualaikum...dah lama tak update blog..bukan kata bersawang dah ni tapi dah tahap naik hutan belantara dah...hahaha..sebenarnya entry kali ni nak luahkan rasa rindu kat budak boolat ni..sekarang dak cakap pandai ni kat kampung mungkin sampai lepas raya sementara nak cari pengasuh baru....kalau tak asbab kekangan masa kerja ibu n ayah tak mungkin ibu nak susahkan tok jaga adik..in sha Allah ibu try cari pengasuh baru cepat-cepat n bawa adik balik penang semula...tak sanggup nak jauh lama-lama dengan adik...rindu mulut pot pet pot pet tu..rindu bau masham bangun pagi..rindu nak kemas rumah bila adik selerakkan n buat sepah..rindu teletah adik yang banyak akai tu....hai lahh anak...

pagi tadi pukul 8am ayah dah tinggal ibu g KL sebab ada meeting.Dah start boring sebab dok sorang-sorang..huhuhu..hati berbolak balik nak buat kuih raya ka nak pecut balik kampung jumpa anak sayang ibu ni...hahahah...(sedangkan semalam baru ja balik dengan ayah jumpa adik)..tiba-tiba ibu teringat ibu ada satu benda lagi tak buat n hutang dengan adik...iaitu injection DTaP Booster...Dulu masa adik genap 18 bulan (bulan September 2015) ibu bawa p klinik untuk appointment injection tapi vaksin habis...so appointment tunda masa adik umo setahun 10 bulan (pertengahan Januari 2016) untuk ambil injection tu..n salah ibu sebab tak ingat n asyik sibuk kot lain..n bila kebelakangan ni timbul kes kanak-kanak meninggal disebabkan difteria kerana tak ambil vaksin n ambil vaksin tak cukup dose baru ibu tergerak nak cek balik buku perkembangan n jadual immunisasi adik...and yes betul last dose DTaP adik tak dapat lagi...sepantas kilat cari no telefon klinik kesihatan kat Kuala Ketil dan tawal je kalau kena marah...yang penting anak ibu dapat dos booster tu...Alhamdululillah jururawat yang bertugas kat klinik minta ibu bawa adik untuk dapatkan dos booster tu..syukur..n yang paling berterima kasih sebab diaorang tak marah ibu...hahahahahah.teruk betul kan..misi pon leh miss immunisasi anak...anak orang lain injection ambil on time..anak ibu injection booster DTaP ambil masa umo dah nak masuk 2 tahun 3 bulan...krik krik krik....nasib diorang tak tau ibu kerja nurse kalau tidak mesti kena perli...hehehe.

Dan nak dijadikan cerita sebelum ambil injection standard la kan nak kna follow the flow..ambil nombor..pendaftaran..timbang n tinggi...tadaaaaa berat anak ibu 19.5kg tinggi 91cm dan Bmi 23.5 dah nak terkeluar kotak...oooo my Allah...OVERWEIGHT OVERWEIGHT...tak lah ibu tak terkejut pon sebab mmg ibu tau adik dah terlebih berat...hahaha.cuma ibu nak pantau n kawal pemakanan adik tu ja problem sikit sebab adik dah pandai minta makanan..nak makan itu nak makan ini..walaupon anak ibu tak terdedah dengan makanan junk food fast food sweet coklat tapi disebabkan lalu makan sangat nasi mee bihun roti n segala yang berunsurkan carb ni lah jadinya...huhuhu..ok ayah kena noted ni .ibu kena malaskan diri masak lah lepas ni.hahahaha...bulan depan appointment lagi untuk makan ubat cacing n timbang lagi,..kalau berat makin bertambah sedia maklum kena jumpa doktor n pakar pemakanan.....okey sayang lepas ni kita workout yer..g jongging..mandi pool berenang...n kurangkan karbohidrat...makan yang seimbang..kita diet sama-sama ye mucuk ibu...

anak syurga ibu ayah kayla humaira
2y2m


















No comments:

Post a Comment