Friday 26 September 2014

~ my big family...we are happy family ~

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI kita masih diberi kesempatan oleh-NYA menapak dimuka bumi ini dengan segala pinjamaan nikmat yang tidak terhingga dari-NYA....MasyaAllah Subhanallah...tiada pengganti dan tidak terdaya kami membalasnya atas segala yang telah Engkau pinjamkan kepada kami Ya Allah...

Malam ni Farah just nak letak entry pasal diri Farah sahaja....hihi,sekali sekala nak syok sendiri n mengimbau masa lepas...

Farah anak ke-8 dari 10 orang adik beradik,...4 abang 4 kakak ipar 3 kakak 3 abang ipar...seorang sudah kembali kerahmatullah sebab komplikasi jantung..alfatihah buat arwah abg ipar.... 2 adik perempuan masih belajar dan anak saudara seramai 16 orang termasuk anak Farah dan  ramai yang cakap wow ramainya family Farah...Alhamdulillah...hihi.

Ni semua adik beradik Farah...mak,abang2 kakak2 adik2 dan ipar2 duai....tu pon ada anak2 sedara yang hilang entah kemana...hihi...ayah??? ayah ada dalam rumah...actually ayah tak sihat sangat, dah 70++ la katakan....

belanja pic wedding sikit...hihi
1) pic be4 bertukar status,...hihihi




ayah mak n my little princess



Masa ni Mr.Hubby booolat lagi ni....haaaa lepas kawen jenuh jaga nak bg macam sekarang...hihihi...rahsianya apa lagi SHAKLEE la,,...hihihi

Dan sekarang

Inilah permata hati anak Farah dan suami...Kayla Humaira binti Mohammad Syawal...

Terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan yang Engkau kurniakan ini....bahagiakan kami hingga ke syurga-MU....amin

Thursday 25 September 2014

~ KEBAIKAN ZINC COMPLEX ~


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Entri kali ni saya nak cerita tentang kebaikan Zinc Shaklee pulak. Mesti ada yang tertanya2 apa kebaikan Zinc Shaklee ni.

Formulasi Zinc Complex Shaklee kini telah dipertingkatkan dengan TANPA GLUTEN. So bagi mereka yang gluten intolerance boleh la mengambil Zinc Shaklee tanpa was-was.



Keistimewaan dan kebaikan Zinc Shaklee adalah:



Secara ringkasnya, zinc 

  • Untuk pertumbuhan rambut, dan kuku dan kulit yang sihat
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka/pembedahan
  • Meningkatkan imuniti tubuh melawan radikal bebas/ kanser
  • Menjadi faktor penting dalam mempertingkatkan pelbagai fungsi enzim
  • Sebagai detox yang mengeluarkan karbon dioksida yang berlebihan daripada tubuh
  • Untuk kesihatan kelenjar prostat
  • Mengatasi masalah tumpah darah ketika bersalin

Simptom Kekurangan Zinc



  • Hilang selera makan
  • Jerawat
  • Rambut gugur, kuku rapuh serta  bertanda putih
  • Deria bau dan rasa terganggu atau berkurangan
  • Kulit bersisik
  • Luka lambat sembuh
Hubungi Farah segera....konsultasi percuma dan farah akan guide anda untuk cara pengambilan yang betul dan cadangkan vitamin2 ikut kesesuaian anda dan bajet anda....  

~ Farah Hassan
~ whatsapp/sms 0174399053
~ SID 1124151 
~ COD Relau, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Paya Terubong, Ayer Hitam, Jelutong, GH Penang, Bukit Jambul dan post kadar rata seluruh Malaysia
------------------------------------------------------------

Wednesday 24 September 2014

~ Kebaikan CoQ Health Plus Shaklee ~

Bismillah...mulakan semuanya dengan bismillah...
ok hari ni farah nak buat entry pasal "penjaga jantung"....nak jantung sihat nak badan cergas...CoQ Health jawapannya...



  1. Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel. 
  2. Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti PMS, mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser, antioksida. Membantu menguatkan akar rambut.
  3. Ekstrak Teh Hjau - antikoksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vit E dan C - untuk kulit, rambut. Mengawal kadar kolesterol dlm tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina,menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. Memberi manfaat ukt kesihatan gusi.
1 kapsul CoQHealth = 28 cawan brokoli.

Manfaat Utama untuk k
esihatan Jantung - Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan jantung 
  1. Kanser -Merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
  2. Penyakit Gusi
  3. Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10
  4. Rawatan Obesiti- Mengurangkan berat badan
  5. Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki
  6. Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  7. Penting untuk kesihatan ginjal
  8. Membantu merawat migrain.
  9. Co-Q10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis
  10. Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh.


Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?


Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

Cara pengambilan
1 biji selepas selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak.

Kenapa COQ10 Shaklee istimewa?

  • Gabungan Con enzim, vit e dan ekstrak teh hijau memantapkan fungsinya untuk menghapuskan/mengoksidakan kolesterol jahat LDL
  • semestinya semulajadi dan tiada bahan sintetik.
Gejala kekurangan CoQ 10

Penghasilan CoQ 10 adalah sangat terhad dalam badan. Penghasilan CoQ10 pada manusia, dilakukan oleh sel-sel dalam tubuh. Penghasilan CoQ 10 dalam badan melibatkan satu proses- yang melibatkan 17 langkah- yang memerlukan nutrien yang berikut:

riboflavin (B2), 

niacinamide (B3), 
asid Pantothenic (B5), 
pyridoxine (B6), 
cobalamin (B12), 
asid folik, 
vitamin C, 
dan banyak unsur-unsur yang lain. 

Oleh itu, terdapat banyak cara sintesis yang kompleks co-enzim Q10 boleh diganggu. Ada kemungkinan bahawa ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan yang mengalami kekurangan ko-enzim Q10 disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi nutrien yang diperlukan dan / atau pengambilan satu atau lebih ubat-ubatan yang mengganggu sintesis co-enzim Q10.

Tanda-tanda kekurangan co-enzim Q10 termasuk: -

- Kegagalan jantung kongestif
- Tekanan darah tinggi
- Angin
- Prolaps injap mitral
- Strok
- Jantung aritmia, - cardiomyopathies
- Kekurangan tenaga
- Gingivitis
- Dan kelemahan umum sistem imun.

Co-enzim Q10 terlibat dalam pengeluaran tenaga. Kekurangan CoQ10  memberi kesan kepada jantung dan sistem kardiovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga. Hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan jantung kongestif adalah disebabkan kekurang co-enzim Co Q10.

     Hubungi Farah segera....konsultasi percuma dan farah akan guide anda untuk cara pengambilan yang betul dan cadangkan vitamin2 ikut kesesuaian anda dan bajet anda....  

~ Farah Hassan
~ whatsapp/sms 0174399053
~ SID 1124151 
~ COD Relau, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Paya Terubong, Ayer Hitam, Jelutong, GH Penang, Bukit Jambul dan post kadar rata seluruh Malaysia

Tuesday 23 September 2014

~ KEBAIKAN ALFALFA SHAKLEE ~


Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.


Kebaikkan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral

    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 
    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
    dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah



20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki






Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang


Hubungi Farah segera....konsultasi percuma dan farah akan guide anda untuk cara pengambilan yang betul dan cadangkan vitamin2 ikut kesesuaian anda dan bajet anda....  

Farah Hassan
~ whatsapp/sms 0174399053
~ SID 1124151 
~ COD Relau, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Paya Terubong, Ayer Hitam, Jelutong, GH Penang, Bukit Jambul dan post kadar rata seluruh Malaysia




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Monday 22 September 2014

~ KEBAIKAN SUSU IBU / BREASTFEEDING ~


Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan secara eksklusif ( fully breastfeeding ) dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.

Faedah untuk Bayi
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam
- sentisa sedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2) Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehinggan hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.

Faedah untuk Ibu
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga)

#Masalah susu nak tak nak je keluar?? meh jenguk link ini....jeng jeng jeng...hihihihi

~ 10 TIPS KEHAMILAN | PENJAGAAN IBU KETIKA HAMIL ~

Pada awal kandungan sehingga melahirkan anak penjagaan diri dan kandungan merupakan elemen penting yang perlu dititik beratkan.

Lazimnya doktor hanya memberi panduan umum yang boleh diamalkan sepanjang melalui proses kehamilan.


1. Diet




Banyak perubahan yang perlu dilakukan sebaik disahkan hamil. Paling utama, mengubah gaya makan. Langkah bijak ialah mengikuti saranan piramid makanan. Makan lebih banyak bijirin dan produk bijirin, diikuti sayur-sayuran dan buah-buahan; sumber protein, hasil tenusu dan kurangkan makanan manis, bergaram dan berlemak.

Kepelbagaian dalam pengambilan makanan penting kerana ia dapat memastikan anda mendapat semua jenis vitamin dan mineral penting daripada setiap jenis makanan yang diambil. Untuk itu, ambil makanan segar berbanding diproses.
Bawa bersama botol berisi air ke mana sahaja anda pergi. Air mencukupi dapat mengelakkan kelahiran pramatang, sembelit dan komplikasi lain. Sementara itu, air yang dimaksudkan TIDAK termasuk minuman berkarbonat, teh dan kopi. Hanya air kosong, susu dan jus buah segar dikategorikan sebagai air yang perlu diminum sehingga 2 liter sehari.



2. Senaman




Bersenam memang baik untuk kesihatan. Berita baik untuk yang gemar bersenam kerana amalan konsisten anda dapat mengurangkan simptom di awal trimester kehamilan termasuklah morning sickness. Selain itu, ia membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki dan sembelit.
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti sederhana selama 30 minit setiap sesi dalam seminggu. Paling mudah ialah dengan berjalan dalam jarak pendek setiap hari atau melakukan aerobik khusus untuk ibu hamil. Biarpun begitu, senaman yang dilakukan tidak semestinya perlu dihabiskan dalam masa 30 minit sekali sesi. Anda boleh membahagikannya kepada sesi tertentu seperti setiap 10 atau 15 minit.
Terdapat beberapa jenis senaman yang ditegah semasa hamil. Jadi dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang program senaman. Anda dinasihatkan untuk berhenti serta-merta daripada bersenam apabila mengalami tanda-tanda seperti letih, pening kepala, sesak nafas, kontraksi, pendarahan atau air ketuban bocor.


3. Tidur




Di awal trimester, anda dapat tidur selesa dan lena dengan pelbagai jenis posisi. Apabila perut semakin membesar, anda mulai sukar tidur nyenyak. Oleh yang demikian, sebaik kehamilan melepasi usia 16 minggu, anda dinasihatkan untuk tidur dengan posisi mengiring ke kiri.
Posisi sebegini akan memastikan pengaliran oksigen dan makanan kepada bayi adalah pada tahap paling optimum. Hal ini kerana vena cava inferior di bahagian kanan spina mengalirkankan darah dari bahagian bawah tubuh ke jantung. Posisi yang sama juga membantu buah pinggang untuk membuang sisa cecair daripada tubuh lalu mengurangkan bengkak di kaki, pergelangan kaki dan tangan. Agar tidur lebih selesa, anda boleh memeluk bantal dan meletakkan sebiji bantal di bahagian belakang.


4. Membaca




Luangkan sedikit masa untuk membaca setiap hari kerana aktiviti ini diakui menenangkan. Dalam pada itu, anda perlu pandai memilih bahan bacaan. Jangan membaca sumber bacaan yang boleh menimbulkan konflik dalaman. Sebaliknya, pilih bahan bacaan ringan ataupun yang mengandungi fakta menarik terutama sekali berkaitan kehamilan mahupun penjagaan bayi.
Memandangkan kehamilan kadangkala boleh menimbulkan tekanan pada waktu-waktu tertentu, jadikan buku sebagai peneman untuk membantu anda menenangkan fikiran. Yakinlah, amalan membaca terutamanya sumber yang boleh membuatkan anda tertawa riang bakal memberi kesan positif kepada bayi dalam kandungan. Hal ini kerana hormon endorfin yang dilepaskan oleh tubuh turut membuatkan bayi tenang dan gembira.


5. Muzik







Dengarlah muzik yang berirama lembut. Mainkan lagu yang sama secara tetap setiap hari. Ulangi amalan yang sama setelah bayi lahir. Anda pasti teruja melihat bayi tenang sebaik sahaja anda memperdengarkannya dengan lagu sama yang pernah didengarnya sewaktu dalam kandungan.
Selain daripada muzik, orang Muslim digalakkan untuk mengalunkan ayat-ayat al-Quran agar kelebihan ayat suci itu mampu merangsang saraf otak bayi yang secara tidak langsung dapat meningkatkan darjah kecerdasan bayi dalam kandungan.


6. Kelas Penyusuan



Sekiranya anda berazam menyusukan bayi bakal lahir secara eksklusif, langkah itu harus dimulakan sejak awal usia kandungan. Anda digalakkan untuk berbual-bual dengan bayi dengan menyatakan kemahuan memberikan susu ibu sejurus dia lahir sehingga usianya 2 tahun atau lebih.
Anda dan suami turut perlu mengikuti kelas penyusuan yang dianjurkan di klinik kerajaan, hospital mahupun kumpulan penyokong penyusuan susu ibu. Menerusi kelas ini, anda berdua akan belajar teknik penyusuan yang betul, langkah yang patut diambil jika menghadapi masalah dan sebagainya. Maklumat dan sokongan yang diberikan bakal membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu. Jika mahukan maklumat lanjut, layari www.ilca.org untuk mencari perunding laktasi berhampiran anda.


7. Kisah Bersalin



Membaca sahaja tidak mencukupi kerana pengalaman orang lain sama pentingnya untuk anda mengetahui serba sedikit hal-hal berkaitan proses pelahiran. Tambahan pula, lain orang lain pengalamannya. Oleh itu, dapatkan pengalaman melahirkan daripada orang terdekat.
Hal ini secara tidak langsung dapat mempersiapkan mental dan fizikal anda untuk menghadapi saat-saat kelahiran. Menerusi pengalaman orang lain, anda pasti sudah tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang patut dielakkan agar dapat melalui proses kelahiran dengan mudah dan lancar.


8. Kelas Antenatal




Bagi anda yang pertama kali bergelar ibu, segera daftarkan diri untuk menyertai kelas antenatal anjuran pihak hospital di mana anda bercadang mahu bersalin. Kelas ini penting kerana anda dan suami bakal didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan kehamilan, kelahiran, penyusuan susu dan kehidupan bayi selepas dilahirkan. Biarpun kelas yang anda ikuti ini ringkas, namun ilmu yang bakal diperoleh memberi faedah yang bukan sedikit.


9. Kepanasan



Keluhan tubuh panas terutamanya di trimester akhir adalah normal. Ia berlaku kesan penghasilan hormon progesteron selari dengan peningkatan suhu tubuh bayi. Bagi mengurangkan masalah ini minum air sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang keluar. Antara lain ambil makanan yang banyak mengandungi cecair seperti bubur, yogurt dan jus buah. Dalam berpakaian pula, pilih baju yang diperbuat daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pastikan warnanya cerah supaya panas matahari tidak diserap olehnya.


10. Seks



Anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang selesa ketika hamil. Untuk menjamin keselesaan, anda harus berada di atas. Posisi duduk pula biasanya popular di pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Apabila semakin sarat kedudukan anda membelakangi suami adalah posisi yang terbaik.
Apa jua posisi pilihan pastikan ia selesa dan tidak memberi tekanan pada perut. Selain daripada melakukan hubungan asmara, anda berdua juga boleh mengeratkan kasih sayang dengan berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda sesama sendiri.

# sekiranya anda masih tercari-cari set kehamilan, set berpantang dan milkbooster sila ke link ini