Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
6.11.2016
Aku kerja shift pagi...lepas hantar anak pergi rumah baby sitter aku pergi kerja macam biasa..cuma hati dok teringat nak balik ziarah ayah bila ada ruang masa...sedangkan memang aku dok selalu balik pon...ayah aku admit kat hospital sultan abdul halim sungai petani sebab penat teruk sangat..admit sejak 26.10.16 lagi....dari tarikh tu mmg kalau ada ruang sikit or cuti aku akan stay dengan ayah....
ok sambung cerita...
dari pukul 7am sampai pukul 10am aku tenang buat kerja aku sampai aku terima panggilan dari mak dalam 10 lebih mak bagitau doktor nak jumpa sbb nak bgtau keadaan ayah dan mak kata doktor ada tanya pasal nak "tekan dada"..as a medical staff aku tahu dan faham maksud mak...aku tahan air mata walaupon aku sedar aku tak mampu tahan...aku sedar ada air dah bertakung dalam mata aku dan workmate aku perasan aku dapat call tak baik pasal ayah...than aku decide nak EL...workmate aku cakap dia boleh kerja seorang n suruh aku balik segera....aku call husband bagitau condition ayah...n dia minta aku balik dulu sorang2 sementara anak dia akan ambil di rumah pengasuh...
sepanjang perjalanan tu aku tahan air mata dan cuba bersabar dan meredhakan diri jika apa2 pon yang terjadi..
masa aku sampai kat spital (bunga raya 1 hsah) aku tengok abg arin n dik na dah ada kat situ...kami tunggu abg mat sampai...xlama lepas tu abg mat naik n kitaorang mengadap doctor yang cover case ayah...dia bagitau condition ayah not good...jantung ayah dah bengkak teruk.paru2 ayah dah menyempit...that y ayah penat teruk...dia tanya samaada kami nak bawak balik ayah atau nak stay...kalau nak stay if anything happen kami nak ayah suffer atau nak diorang CPR ayah...airmata aku mengalir tak berhenti tiada esak yang terdengar.hanya aimata yang mengalir..n pilihan kami semestinya tidak untuk cpr,..kami pilih ayah stay hospital n covered by maximum treatment but no cpr...DIL (death in line) issue and DNR (do not resuscitate) issue dikeluarkan....ivi inotrope dopamin 5ml/H continuously hourly BP SPO2 monitoring...dalam hati Allah ja yang tahu...tapi aku kena kuat...
since that day aku tak masuk kja terus stay menumpang balai pelawat..rumah mertua..balik kampung..tido dalam kereta...makan tak menentu,..tidur tak menentu...anakku kayla terpaksa menumpang rumah mertua..rumah adik ipar..sbb aku tak nak dia tak terurus sbb aku perlu stay dekat dengan ayah...
tapi ayah masih boleh bercakap..sedar...bergurau dengan anak cucu...ayah tido curi2 aku ambil gambar selfie dengan ayah...9.11.2016 ayah masih boleh bercakap...aku stay dekat ayah sampai pukul 8pm tamat waktu melawat...mak cakap mak nak tunggu ayah dengan dik na n dik tikah...masa keluar dari wad hati aku berat sangat n berkecamuk,...macam ada panggilan yang minta aku masuk kerja keesokan harinya tapi aku jdi serbasalah...nak kja atau sambung cuti...husband dah sampai rumah mak zah aku keluar dengan dik na beli makanan sbb mak n adik2 belum makan...lepas hantar adik kat spital aku drive sambil otak fikir nak balik astana atau balik penang terus...jujur aku cakap hati aku kuat nak masuk kerja pagi esk tu n lepas kja nak balik sp semula...tapi aku keliru...husband call bila aku cakap akau nak balik penang terus dia marah...aku kompius sumpah aku kompius...
aku tak kisah apa husband aku cakap..aku shoot balik penang jugak..degilnya aku...sampai rumah husband call..than aku mmg dah buat keputusan masa tu yang aku tak nak masuk kja...so aku minta husband call sr.noi inform aku xmasuk kja pagi esok...bukan tak leh call sendiri tapi internet aku dah kena terminate sebab lambat bayar...nak p bayar 2 hari sebelum tu plak sedar i/c n kad maybank hilang...semua punca ja tu...dalam hati cakap balik penang pon ok sebab kain baju dah habis stok nak pakai...yang kat rumah pon bertimbun2 tak berbasuh...dalam letih n mengantuk aku gagahkan jugak basuh 3 round kain baju n sidai....kemas siap2 beg baju untuk balik sp esok pagi...
10.11.2-16
pukul 12mn dik na call tanya macam mana nak tau ayah ok atau tidak...actually ayah on defib monitoring...so aku bagitau bacaan nadi akan naik mendadak sehingga 100++ dan akan turun perlaha2 sampai tiada bacaan..12.30 aku bawak anak masuk tido...pukul 1.30am aku terima panggilan ke2 dari dik na..dalam mamai aku angkat call dan dengar dik na menangis sambil sebut ayah n perkataan lain aku tak pasti...tersentak aku terus mengucap panjang n siap2 kejut anak n shoot balik sp...
dalam kereta tak henti2 aku istiqfar dan berdoa mudah2an aku sempat tengok ayah...air mata aku tahan supaya tah mengalir alaupon aku sedar ada kala aku kalah....150km/j pemanduan aku paling laju sepanjang aku bawa kereta...jalan lenggang amat membantu untuk aku sampai awai kat spital...kayla kupujuk jalan laju2 kebetulan abg din abg iparku duduk kat lobi jaga 4 anaknya sementara ayong naik kat ayah..kayla kutingalkan padanya..lututku dah lembut kurasa..kugagah berlari anak agar cepat sampai kat ayah..pkul 2.10am aku dah tercegat depan katil ayah...aku tengok ayah tidur...ayong dik na abg mak adik tikah ada disisi ayah sambil alukan bacaan alquran..aku dekati ayah dan bagutau aku sampai dan nak tengok ayah...ayah buka mata dan mengangguk sahaja...muka ayah keletihan..ayah tercungap kepenatan...mata aku lirik pada screen defib atas cardiac table...nadi ayah normal...apa yang terjadi...aku minta penjelasan dari dik na...adik cakap ayah tarik teruk sangat sampai keluar air liur...mak dah rebah tak mampu berdiri dikoridor wad bila doktor minta mak ngn adik2 keluar sementara mereka memeriksa ayah....tak lama kemudian kakak dan abang yang lain sampai...kami stay disisi ayah beramai2 sambil bergilir2 baca ayat2 suci alquran...
pukul 5+am pukul 6+am pukul 9+am pukul 11+am ayah tarik lagi....setiap waktu ayah tarik itu aku ada disisi ayah kecuali masa pukul 9am sbb masa tu doktor round wad dan kami semua diminta keluar....setiap kali ayah tarik aku pegang tangan ayah dan tak putus2 ingatkan ayah kalimah syahadah kalimah teragung...setiap kali ayah tarik aku tersiksa melihat ayah..nadi ayah mencecah 200 dan perlahan2 ayah kembali ok tetapi ayah akan kelihatan sagat letih dan laju nafas serta tercungap2...sejak pukul 1am ayah tak tidur restless..sampai satu tahap lepas ayah tarik yang kali ke-5 aku berdiri dan memohon Allah ambil ayahku segera kerana aku tidak sanggup melihat ayah dalam keadaan begitu...mengalir deras airmataku..berat dan ketat dalam dada menahan tangis.sampaikan kak tie terpaksa memeluk menenangkan aku....kami semua seorang demi seorang datang memohon maaf dari ayah dan memberitahu ayah bahawa ayah tiada salah dengankami semua dan memaafkan ayah....bacaan ayat2 suci terus bersambung2 untuk ayah...
hati ini terdetik membuka surah al-kahfi untuk ayah...alhamdulillah selesai surah al-kahfi beberapa minit selepas itu hp aku melaungkan azan zohor dan ketika ini ayah tarik untuk kali yang ke-6...aku yang sememangnya sentiasa berada disisi ayah cepat2 mengajar ayah syahadah...berulangkali mengingatkan ayah ALLAH ALLAH ALLAH...bila aku rasa ayah macam tenang sikit aku duduk semula tapi tak sampai 5 saat aku lihat nafas ayah tak seperti sebelumnya..aku segera menyoal abg mat bacaan nadi ayah pada monitor defib....Ya Allah...hanya 36...aku segera terus menerus mengajar ayah mengucap kalimah agong "LAILLAHAILLALLAH"...air mata aku berhenti dan hanya kedengaran suara aku bergetar mengajar syahadah kepada ayah...1.26minit petang 10.11.2016 ayah pergi menghadap Yang Maha Pencipta.....